Friday, January 16, 2009

Mesir boneka yahudi di Gaza.

Baru-baru ini di YAMAN, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA) telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr.Omar Abu Ubaid dari Institut Al-Quds Antarabangsa telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut. Berikut adalah laporan yang telah dibuat oleh wartawan PERMAYA di Yaman - Sdr. Imran_Almalizi:


"Ekoran dari gencatan senjata yang telah dilakukan pada 6 bulan yang lalu oleh kedua-dua pihak antara HAMAS dan Israeil Laknatullah. Di antara syarat-syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin. Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat di antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5% keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah. Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya.

Dr.Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beria-ia menuntut HAMAS menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu. Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir. Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan HAMAS ‘dipancung kepalanya’. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: “Kami tidak akan membiarkan HAMAS mencapai kemenangan dalam peperangan ini!”

Dr.Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan HAMAS dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya. Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza. Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu. Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh. Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas. "


Sumber..

Sesungguhnya pejuang Islam di Palastine adalah mereka yang terpilih oleh Allah untuk mendapat 'Jannah' Allah SWT. Dimanakah pemuda-pemuda Islam kita? Mulai hari ini perbanyakanlah qunut nazilah dan bacalah di dalam sembahyang setiap lima waktu. Ini mungkin bidaah tapi qunut nazilah akan dibaca sekiranya umat islam ditimpa musibah yang perit dan dahsyat. Boleh ka? Apa komen anda?..